Oleh Latifah Abdul Aziz UniKL RCMP telah menganjurkan Pertandingan Pesta Pantun Warisan Budaya Tunjang Pemodenan (WAYANGAN) 2017 yang julung-julung kalinya diadakan pada 27-29 Oktober 2...

Oleh Latifah Abdul Aziz

UniKL RCMP telah menganjurkan Pertandingan Pesta Pantun Warisan Budaya Tunjang Pemodenan (WAYANGAN) 2017 yang julung-julung kalinya diadakan pada 27-29 Oktober 2017.  Pesta pantun ini bertujuan untuk mengangkat budaya berpantun sebagai budaya warisan yang tidak lapuk ditelan zaman serta dapat menguji kebijakan mahasiswa selain dapat mengeratkan jaringan sosial di kalangan mahasiswa daripada  segenap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Pesta Pantun WAYANGAN 2017 ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi penghayatan mahasiswa terhadap kesenian dan warisan budaya yang terdapat di Malaysia. Sebanyak 12 buah institusi pengajian tinggi Malaysia seperti UKM, UPSI, UPM, UITM, UIA, UMT, UNISZA, USAS, UniKL RCMP, IPG IPOH, IPG Kampus Bahasa Melayu dan KMKN telah berentap dalam pesta pantun ini.

UITM Shah Alam telah dinobatkan sebagai Johan dengan membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM1500.00 ringgit manakala UIA pula diangkat sebagai Naib Johan yang melayakkan mereka untuk membawa pulang RM1000.00 ringgit. Pemenang tempat ketiga adalah dianugerahkan kepada kumpulan Restu Sapurba dan tempat keempat adalah milik UNISZA.

Anugerah pemantun harapan pula disandang oleh saudara Nor Adlyizan Bin Theis dari kumpulan Restu Sapurba. Anugerah pemantun terbaik pula berjaya diraih oleh saudari Nurul Ain Binti Shaiful Fahmi dari UIA manakala  Anugerah Busana terbaik dianugerahkan kepada pasukan USAS.

Perasmian penutup Pesta Pantun kali ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pembangunan Pelajar & Gaya Hidup Kampus UniKL iaitu Prof. Dato’ Dr. Khairanum Binti Subari.

Prof Dr. Noorzaid Bin Muhamad, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus UniKL RCMP berkata pesta pantun ini berjaya menarik lebih  100 penyertaan daripada 12 buah universiti berhimpun di UniKL RCMP dan bercadang untuk menjadikan pesta pantun sebagai acara tahunan. Menurut beliau lagi pada tahun hadapan UniKL RCMP berhasarat untuk menarik lebih banyak penyertaan dengan penglibatan daripada universiti luar negara.

Anis Adila Fahmy Binti Mohd Akmal, Timbalan Pengarah Program melahirkan rasa bersyukur dan berpuas hati terhadap penganjuran ini. Beliau berharap agar warisan berpantun dapat dipertahankan kerana ia merupakan nilai estetika budaya melayu.

Nilam Maisarah Binti Kassim, penasihat program menyatakan bahawa Pesta Pantun kali ini telah mengangkat tema wayang kulit sebagai warisan negara yang perlu diperkenalkan kepada generasi baru. Program ini turut mendapat tajaan daripada IM4U, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Nubex Sdn Bhd. 

Antara pasukan yang mengambil bahagian:


RCMP (A TEAM)

 

 


KMKN

 

 


RESTU SAPURBA

 

 


UITM SHAH ALAM

 

 


SWING TEAM

 

 

USAS (A TEAM)

 

 

 

Zamani Learning Hub

The wealth of knowledge with full range of medical selections as well as leasure reading. Pay a visit to the Zamani Learning Hub (Library) of UniKL RCMP

Visitors Counter

180736
TodayToday416
YesterdayYesterday476
This_WeekThis_Week416
This_MonthThis_Month14342
All_DaysAll_Days180736

Enquiries?

Drop us a message if you have any enquiries or feedback / suggestions


Enquiry Form